Kebocoran Sebabkan Dinding Berkulat? Cuka Antara Cara Penyelesaian Terbaik!

Kehidupan

Kebocoran Sebabkan Dinding Berkulat? Cuka Antara Cara Penyelesaian Terbaik!

Masalah kebocoran seringkali berlaku terutamanya bagi mereka yang menetap di rumah jenis bertingkat seperti pangsapuri, kondominium atau apartment. Ia akan menyebabkan air mengalir ke dinding dan berkulat.

Air yang mengalir akan menjadi lembap dan busuk akibat pembentukan bakteria di mana ia boleh membahayakan kesihatan.

Advertisement

Namun, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa cara untuk menghilangkan kesan kotoran pada dinding iaitu:-

1. Baking soda

Baking soda yang digunakan dalam masakan boleh digunakan untuk membersihkan dinding di mana ia mampu menyerap bau busuk dengan mudah.

Baking soda

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, anda hanya perlu campurkan baking soda dengan air putih di dalam botol dan semburkan ia pada kotoran tersebut. Kemudian, gunakan berus kecil untuk mencuci kotoran yang melekat itu.

2.Minyak pokok teh

Tahukah anda, minyak pokok teh merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menanggalkan kotoran akibat kulat dan bakteria pada dinding.

Minyak pokok teh

Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu kecil minyak pokok teh dengan air ke dalam botol semburan dan semburkan ia pada kotoran kulat dan bakteria. Biarkan selama satu hingga dua jam dan gunakan kain kering untuk membersihkannya.

3.Cuka 

Cuka masakan ialah asid terbaik yang membantu untuk menghilangkan kotoran degil pada dinding yang berkulat.

cuka

Sapukan cuka pada kotoran dan gunakan berus untuk mencuci kotoran. Tinggalkan ia selama satu jam supaya kotoran mudah dikikis.

4. Minyak biji anggur

Biji anggur

Minyak biji anggur sangat bagus digunakan untuk mencuci kerana ia mengandungi kandungan polifenol yang dikenali sebagai limonoid dan naringenin. Ia sangat berkesan untuk membunuh bakteria di samping mencegah kulat dan bakteria untuk kembali melekat pada dinding rumah anda.

Join Telegram Amazing Nara untuk info yang menarik!

SUMBER

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...