Kebiasaannya Ambil Masa 3 Hari, Pelajar Ini Tamat Syahadah 30 Juzuk Dalam 18 Jam Tanpa Kesalahan – “Sangat Luar Biasa”

Kehidupan

Kebiasaannya Ambil Masa 3 Hari, Pelajar Ini Tamat Syahadah 30 Juzuk Dalam 18 Jam Tanpa Kesalahan – “Sangat Luar Biasa”

Seorang pelajar tahfiz dari Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor (MTM), Ahmad Fikri Abdul Hisyam, 16, mencatat pencapaian luar biasa apabila berjaya menamatkan ujian syahadah hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh hanya 18 jam tanpa sebarang kesalahan.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan anak ketiga daripada lima beradik yang berasal dari Limau Kasturi, Gua Musang tersebut menerima pangkat mumtaz ketika memperdengarkan bacaan hafazannya.

Advertisement

pelajar tahfiz hafaz quran 30 juzuk

Ahmad Fikri memulakan syahadah hafazan seawal jam 5.30 pagi dan selesai sekitar jam 11 malam dalam masa sehari pada Ahad lalu di hadapan enam panel terdiri daripada guru tahfiz, dengan hanya berehat untuk makan serta menunaikan solat.

Pengetua MTM, Najmuddin Abdullah, berkata pencapaian itu sangat luar biasa memandangkan kebiasaannya pelajar tahfiz memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyempurnakan syahadah 30 juzuk al-Quran.

“Kalau ikut kebiasaan pelajar akan buat 10 juzuk sehari, tapi Ahmad Fikri hanya ambil masa 18 jam dalam masa sehari.
Perkara ini dilakukan atas permintaan dia sendiri dan tiada paksaan atau tekanan daripada pihak sekolah,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan tersebut menjadi satu sejarah sejak aliran tahfiz diperkenalkan di MTM pada tahun 2010, walaupun sekolah berkenaan telah beroperasi selama 73 tahun.

Ujarnya, sepanjang 15 tahun pelaksanaan aliran tahfiz di MTM, tiada pelajar yang menamatkan hafazan 30 juzuk, malah kebanyakan hanya mencapai 15 juzuk sahaja.

pelajar tahfiz

Najmuddin turut memaklumkan bahawa MTM hanyalah sebuah maahad biasa yang mewujudkan satu kelas aliran tahfiz hasil cetusan Yang Dipertua PIBG merangkap ADUN Panchor dan Speaker Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

“Jika ikut sukatan, pelajar hanya wajib menghafal tiga juzuk setahun dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
Namun Ahmad Fikri berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk ketika Tingkatan Tiga dan melaksanakan syahadah pada Tingkatan Empat,” jelasnya.

Ahmad Fikri merupakan anak kepada pasangan Abdul Hisham Daud, 54, seorang guru agama dan Rohaizah Mat Naing, 49, guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA).

Sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang itu, pihak sekolah memaklumkan satu majlis khas akan diadakan tahun hadapan sempena pembukaan sesi persekolahan baharu bagi meraikan kejayaan Ahmad Fikri. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-29 11:16:00

Netizen 'Meluat' Tengok Adat Tol Majlis Kahwin Di Johor - "Adat Paling Celak*, Memalukan Pihak Lelaki Pun Ada"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...