Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di Amerika Syarikat tular di media sosial sejak kelmarin apabila dia bertindak menyelamatkan adik perempuannya daripada digigit anjing.
Hero cilik bernama Bridger Walker itu menerima 90 jahitan selepas digigit oleh anjing pada bahagian kepala dan muka demi memastikan adik perempuan kesayangannya selamat.
Baca: Kanak-Kanak 6 Tahun Muncul Hero Selamatkan Adik Dari Serangan Anjing Dan Terima 90 Jahitan
Perkongsian daripada makciknya yang bernama Nikki Walker dengan tanda sokongan #BridgerStrong itu, telah mendapat perhatian netizen seluruh dunia termasuk para selebriti terkenal di Hollywood.
Barisan para pelakon filem The Avengers turut tampil untuk mengucapkan tahniah di atas keberanian yang ditunjukkan oleh Bridger itu. Antara yang menarik perhatian adalah perbualan video antara Bridger bersama Chris Evans yang melakonkan watak Captain America. Perbualan video itu dikongsikan melalui laman instagram Nikki Walker.
Keluarga Bridger turut mendapat sokongan dan perhatian beberapa pelakon lain dari The Avengers seperti Mark Ruffalo, Tom Holland serta Hugh Jackman yang turut melahirkan rasa kagum mereka terhadap keberanian Bridger.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.