Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kebenaran Sudah Terbongkar, Peminat Mahu Afifah Nasir Bersihkan Nama

Kontroversi kecurangan Aliff Aziz sekali lagi bersama seorang pelakon wanita yang bergandingan dengannya cukup hangat diperkatakan dan pada masa yang sama netizen mula mengimbas kembali kontroversi terdahulu bersama Afifah Nasir.

Advertisement

Kata peminat, segala kebenaran akhirnya sudah terbongkar dan membuktikan Afifah tidak bersalah sebelum ini. Kontroversi terkini membuktikan apa yang berlaku terdahulu adalah berpunca daripada sikap Aliff sendiri.

Menerusi ruangan komen di Instagram, rata-rata peminat meminta Afifah tampil membersihkan namanya. Bagaimanapun, Afifah memberitahu beliau sudah melupakan perkara itu dan enggan lagi membangkitkan isu lama. Buatnya, Allah SWT adalah perancang terbaik.

Semalam, Bella Astillah mendedahkan Aliff sudah seminggu tidak balik ke rumah dan didakwa berhibur sakan di kelab malam sehingga mabuk dengan seorang pelakon wanita baru, Oktovia Manrose. Berbalas kenyataan menerusi akaun Instagram, Oktovia pada awalnya menafikan setiap dakwaan itu tetapi akhirnya Oktovia tampil memohon maaf pada Bella dan mengakui kesilapannya keluar bersama lelaki berstatus suami orang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

44 Comments

  1. ciK piNgu

    March 3, 2019 at 2:20 pm

    tak, dh kenapa nk ckp pipah ni x bsalah? Hanya semata2 sb Oktopussss tu jd skandal baru alip?

    Then lps ni alip buat hal ngn penyundal lain, korang nak Octovia clearkan nama balik? gitu? Ulang2 sampai abg jamil mampus?

    Deyyyyy! Kalau dh dua2 pihak melayan, mmg sama2 salah. Dah tu korang nak hagung2kan Pipah dh knpe? Salah tetap salah kot?

  2. Umairah

    March 2, 2019 at 11:25 am

    kerja mcm ni melemparkan manusia ke lembah kehinaan

  3. wanita besi

    March 2, 2019 at 11:11 am

    bersihkan nama kepala lutut kau bergoyang lah,, kalau salah tetap salah lah.. kalau bertepuk sebelah tangan tak kan jadi lah.. dulu si alip ni berlakon dgn mira filzah tak jadi kes pun..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama