Kebenaran Rentas Negeri Akan Diberikan Selepas Tahap Tertentu Imunisasi Rakyat Tercapai

COVID-19

Kebenaran Rentas Negeri Akan Diberikan Selepas Tahap Tertentu Imunisasi Rakyat Tercapai

Pagi tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan amanat secara langsung di RTM dan menyatakan kebenaran merentas negeri dan pembukaan semula sempadan akan diberikan sebaik sahaja tahap imunisasi berjaya mencapai tahap yang ditentukan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga bersiap sedia untuk memastikan sekurang-kurangnya 126,000 orang individu dapat diberikan suntikan vaksin Covid-19 setiap hari di 600 lokasi vaksinasi di seluruh negara”.

“Insya Allah, dengan langkah kawalan pergerakan yang masih berkuat kuasa, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan dan pelaksanaan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sudah pun dimulakan, kita akan dapat melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 di negara kita dalam tempoh beberapa bulan akan datang”. – Katanya.

Sebelum ini kerajaan juga telah mensasarkan 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia akan diimunisasi dan ini bermakna sebanyak 26 juta rakyat Malaysia akan menerima suntikan vaksin secara percuma.

Advertisement

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...