“Kebenaran Pasti Tiba!”Kes Ugut Bunuh Bapa Tiri, Anak Perempuan Pengasas Kosmetik Dnars Janji Akan Setia Di Belakang Abang

Hiburan

“Kebenaran Pasti Tiba!”Kes Ugut Bunuh Bapa Tiri, Anak Perempuan Pengasas Kosmetik Dnars Janji Akan Setia Di Belakang Abang

Susulan kes ugutan bunuh yang dibuat anak lelaki kepada pengasas kosmetik DNARS, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Iqbar Hakim Jasman kepada bapa tirinya, kini anak perempuan Allahyarhamah pula tampil memberi sedikit kata-kata semangat buat abang kandungnya itu berikutan prosiding kes yang masih berlangsung.

Menurut Irdiena, 17, pergaduhan yang terjadi antara abangnya itu terjadi disebabkan oleh Iqbar ingin mempertahankan dirinya.

Advertisement

Dia yang menulis coretan panjang lebar menerusi ruangan Instagramnya itu turut mendedahkan punca kenapa perkara itu terjadi.

View this post on Instagram

Kakak tahu kakak lah punca abang berada dalam situasi hari ni,kerana pertahankan kakak abang terpaksa hadapi semua dugaan ini .. Kakak akan sentiasa di sisi abang bagi menegakkan KEADILAN DAN KEBENARAN ..abang lah segalanya bagi kakak serta seluruh ahli keluarga selepas kita kehilangan arwah bonda..abang lah penguat semangat kakak saat kakak diuji beberapa bulan yang lalu,saat kakak sakit hingga tidak terbangun ..telah banyak dugaan yang kita lalui selama ini,perceraian mami papa kita saat kita masih lagi kecil,kesusahan arwah mami dan ujian terbesar kita saat kita kehilangan mami ketika kita masih lagi menagih kasih seorang ibu dan hari ni Allah uji kita lagi dengan ujian ini..kakak yakin dan percaya segalanya pasti ada hikmah .. Kakak akan sentiasa menemani abang walau apa pun dugaan yang akan datang kerana mami kita selalu berpesan jangan pernah meninggalkan antara satu sama lain,kita pastinya bukan sempurna kerana kita masih lagi muda dalam perjalanan ini tapi kita mesti mencuba untuk menjadi yang lebih baik.. kebenaran mesti muncul bila tiba waktunya ! TERIMA KASIH ABANG UNTUK SEGALANYA ,I LOVE YOU FOR THE REST OF MY LIFE??

A post shared by YES THEY CALL ME “GEGIRL” (@dnarfaziani) on

“Kakak tahu kakak lah punca abang berada dalam situasi hari ini, kerana pertahankan kakak abang terpaksa hadapi semua dugaan ini. Kakak akan sentiasa di sisi abang bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Abanglah segalanya bagi kakak serta seluruh ahli keluarga selepas kita kehilangan arwah bonda.”

Irdiena dilihat turut meluahkan perasaan sedih dan terharu terhadap pengorbanan abangnya itu yang sentiasa memberi semangat kepada dirinya sementelah kehilangan bonda tersayang.

Dalam pada itu, Irdiena turut berkata dia akan sentiasa memegang janji arwah ibunya supaya sentiasa bersama walau apa pun rintangan yang melanda.

“Kakak akan sentiasa menemani abang walau apa pun dugaan yang akan datang kerana mami kita selalu berpesan jangan pernah meninggalkan antara satu sama lain. “

Di akhir kapsyen, Irdiena turut menitipkan pesanan bahawa kebenaran pasti akan muncul apabila tiba masanya seolah-olah merujuk kepada perkembangan kes itu.

Mengimbas kembali, Iqbal,20, didakwa telah menakutkan secara ugutan jenayah terhadap bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal ibrahim,43, menerusi WhatsApp dengan ayat yang berbunyi “Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako” di mana berbaur ugutan bunuh dan kematian tehadap defendan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...