“Kebenaran Lambat Laun Akan…” – Afi Hamri Mohon Doa Netizen Hadapi Saman RM5 Juta Dari Fattah Amin

Kehidupan

“Kebenaran Lambat Laun Akan…” – Afi Hamri Mohon Doa Netizen Hadapi Saman RM5 Juta Dari Fattah Amin

Suami kepada pempengaruh Elcah, Afi Hamri menerusi Threads tampil memohon doa orang ramai agar urusan mahkamah antara dia dan pelakon sensasi Fattah Amin dipermudahkan.

Semalam, media melaporkan dua pempengaruh telah diperintahkan mahkamah tinggi untuk memadam segala hantaran berkaitan pelakon itu yang difitnah berlaku curang dengan seorang wanita sehingga bercerai dengan Nur Fazura.

Advertisement

Ibu Dan Anak Terkesan Dengan Fitnah Curang, Fattah Amin Bersikap Tegas – “Saya Akan Saman Siapa Yang Jejas Reputasi Saya”

Fattah Amin juga menuntut saman fitnah bernilai RM5 juta selain permohonan maaf daripada pasangan suami isteri itu.

Afi dalam satu hantaran terbaru berkata, dia dan isteri terpaksa menghadapi ujian itu dan meminta orang ramai untuk berhenti menjadi hakim.

Afi hamri elcah

Ujarnya lagi, kebenaran pasti akan terbongkar dan hanya menyerahkan urusan itu kepada peguamnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan pempengaruh itu dipermudahkan dan perbalahan itu berakhir dengan segera.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fattah amin
2025-09-04 19:49:59

Ibu Dan Anak Terkesan Dengan Fitnah Curang, Fattah Amin Bersikap Tegas - "Saya Akan Saman Siapa Yang Jejas Reputasi Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...