“Kebenaran Akan Ditegakkan, Saya Akan Menang Lagi!” – Pihak Pendakwaan Fail Rayuan, Syed Saddiq Akan Lawan Habis-Habisan

Berita

“Kebenaran Akan Ditegakkan, Saya Akan Menang Lagi!” – Pihak Pendakwaan Fail Rayuan, Syed Saddiq Akan Lawan Habis-Habisan

Walaupun telah dibebaskan daripada semua pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 Jun lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan berundur apabila pihak pendakwaan kini memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Menurut Syed Saddiq, beliau tidak gentar dan akan terus lawan habis-habisan demi menegakkan keadilan, walaupun sebelum ini sabitan dan hukuman ke atasnya, termasuk 7 tahun penjara, 2 sebatan dan denda RM10 juta telah diketepikan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.

Advertisement

ig syed saddiq

Walaupun sebulat suara 3-0 Yang Arif Hakim putuskan tidak bersalah, kerajaan tetap merayu. I will fight this dan insya-Allah will win again in the court law.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang menjelaskan bahawa rayuan difailkan kerana Mahkamah Rayuan dikatakan terkhilaf dalam membuat keputusan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan berkaitan dana ARMADA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Lebih panas, pihak pendakwaan turut mempertikaikan kenyataan Mahkamah Rayuan yang mendakwa SPRM memberi tekanan kepada saksi utama kes iaitu Rafiq Hakim Razali untuk menyampaikan keterangan yang menyenangkan pihak SPRM dan pendakwaan.

syed saddiq
2025-09-22 16:32:22

Kes Belum Tamat? Pendakwaan Dakwa Mahkamah Rayuan Terkhilaf Bebaskan Syed Saddiq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...