Kebebasan Mendengar Muzik Kegemaran Anda Dengan #DigiMusicFreedom

Hiburan

Kebebasan Mendengar Muzik Kegemaran Anda Dengan #DigiMusicFreedom

Abang Nara adalah salah seorang yang suka mendengar lagu kegemaran secara streaming di smartphone. Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang melakukan perkara yang serupa. Namun ada sesetengah yang takut/gementar/cuak/risau/bimbang nak dengar lagu secara streaming sebab takut kuota Internet habis. Selalunya kalau streaming pun di tempat yang ada wifi. Tak adalah tiba-tiba Internet tak boleh guna. Tak gitu?

digi music freedom

cool betul headphone nie

Kini ketakutan dan kebimbangan anda tidak lagi berasas kerana DIGI telah pun melancarkan pas penstriman muzik tanpa had kepada para pelanggan mereka yang dikenali sebagai Digi Music Freedom. Abang Nara ada pergi majlis pelancarannya baru-baru ini. Memang bijak kepala otak orang DIGI kerana dapat muncul dengan idea ini. Hanya dengan bayaran RM3 sebulan, para pengguna DIGI boleh mendengar sebanyak mana lagu/muzik kegemaran mereka tanpa had. Power kan?

Advertisement
digi music freedom

hai Elizabeth Tan

Lagi power sempena pelancaran Music Freedom ini, DIGI menawarkan perkhidmatan secara percuma selama 90 hari sehingga 30 Jun 2015 untuk para pelanggannya. Kalau anda pengguna DIGI, hanya perlu ke applikasi Android atau Apple Store (cari Digi Music Freedom di kedua-duanya) untuk memuat turun applikasi yang akan membolehkan anda mendengar lagu kegemaran sampai puas hati.

digi music freedom

amboi happy betul abang nie dgn Digi Music Freedom

Selain Spotify, Spotify, Deezer, Rdio, KKBox dan SoundHound, Digi Music Freedom ini juga membolehkan anda mendengar radio-radio online tanpa sebarang caj data. Antar radio erbabit ialah Hitz.fm, Era.fm, dan My.fm. Dengar khabarnya dalam masa terdekat akan ada banyak lagi perkhidmatan yang akan turut join Music Freedom ini. Sama-samalah kita nantikan.

Jadi sekiranya anda pengguna DIGI, silalah bersegera untuk memuatturun applikasi Digi Music Freedom dan nikmatilah kebebasan mendengar muzik kegemaran anda tanpa sebarang caj data. Maklumat lanjut, sila layar www.digi.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...