Abang Nara adalah salah seorang yang suka mendengar lagu kegemaran secara streaming di smartphone. Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang melakukan perkara yang serupa. Namun ada sesetengah yang takut/gementar/cuak/risau/bimbang nak dengar lagu secara streaming sebab takut kuota Internet habis. Selalunya kalau streaming pun di tempat yang ada wifi. Tak adalah tiba-tiba Internet tak boleh guna. Tak gitu?
Kini ketakutan dan kebimbangan anda tidak lagi berasas kerana DIGI telah pun melancarkan pas penstriman muzik tanpa had kepada para pelanggan mereka yang dikenali sebagai Digi Music Freedom. Abang Nara ada pergi majlis pelancarannya baru-baru ini. Memang bijak kepala otak orang DIGI kerana dapat muncul dengan idea ini. Hanya dengan bayaran RM3 sebulan, para pengguna DIGI boleh mendengar sebanyak mana lagu/muzik kegemaran mereka tanpa had. Power kan?
Lagi power sempena pelancaran Music Freedom ini, DIGI menawarkan perkhidmatan secara percuma selama 90 hari sehingga 30 Jun 2015 untuk para pelanggannya. Kalau anda pengguna DIGI, hanya perlu ke applikasi Android atau Apple Store (cari Digi Music Freedom di kedua-duanya) untuk memuat turun applikasi yang akan membolehkan anda mendengar lagu kegemaran sampai puas hati.
Selain Spotify, Spotify, Deezer, Rdio, KKBox dan SoundHound, Digi Music Freedom ini juga membolehkan anda mendengar radio-radio online tanpa sebarang caj data. Antar radio erbabit ialah Hitz.fm, Era.fm, dan My.fm. Dengar khabarnya dalam masa terdekat akan ada banyak lagi perkhidmatan yang akan turut join Music Freedom ini. Sama-samalah kita nantikan.