“Keb*d*han Apakah Ini? Bukan Kita Minta ‘Ban’ Terus Arak” – Syamsul Yusof Selar Pengguna IG

Hiburan

“Keb*d*han Apakah Ini? Bukan Kita Minta ‘Ban’ Terus Arak” – Syamsul Yusof Selar Pengguna IG

Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof memuat naik satu tangkap layar kenyataan seorang pengguna media sosial berhubung isu arak yang menggemparkan negara baru-baru ini.

Puteri Sarah Liyana Syamsul Yusof
7 bulan lalu

Bergambar Bersama Di Hari Lebaran, Peminat Doakan Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Terus Bahagia

Advertisement

Syamsul Yusof atau nama lengkapnya Mohd Syamsul Mohd Yusof memuat naik hantaran tersebut menerusi Instagram miliknya yang mendakwa individu terbabit tidak memahami isu sebenar yang semakin hangat diperkatakan ketika ini.

Syamsul Yusof

Syamsul, 37, menjelaskan dia hanya tidak setuju Malaysia mengeluarkan jenama arak sendiri dan menggunakan nama arak yang mengelirukan, malah ia diluluskan pemimpin islam.

Kebodohan apakah ini? Arak sudah penuh jual dekat negara ini kan? Sekarang ini isunya bukan kita minta ban tidak jual terus. Cuma tak setuju Malaysia keluarkan jenama arak sendiri.

Terdahulu, pengguna Instagram yang tidak dikenal pasti identitinya itu dalam kenyataannya beranggapan masyarakat bukan Islam akan marah sekiranya hak mereka untuk menikmati arak dinafikan.

Advertisement

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam selain produk minuman beralkohol itu dipercayai berbahaya kerana kandungan alkoholnya sangat tinggi.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. Timah Whiskey

    November 2, 2021 at 7:22 pm

    Kesian bebenor umat Islam bila tak reti nak beza kan Arak …..malu …betull dgn kebodohan tersendiri .

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...