Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof memuat naik satu tangkap layar kenyataan seorang pengguna media sosial berhubung isu arak yang menggemparkan negara baru-baru ini.
Syamsul Yusof atau nama lengkapnya Mohd Syamsul Mohd Yusof memuat naik hantaran tersebut menerusi Instagram miliknya yang mendakwa individu terbabit tidak memahami isu sebenar yang semakin hangat diperkatakan ketika ini.
Syamsul, 37, menjelaskan dia hanya tidak setuju Malaysia mengeluarkan jenama arak sendiri dan menggunakan nama arak yang mengelirukan, malah ia diluluskan pemimpin islam.
Kebodohan apakah ini? Arak sudah penuh jual dekat negara ini kan? Sekarang ini isunya bukan kita minta ban tidak jual terus. Cuma tak setuju Malaysia keluarkan jenama arak sendiri.
Terdahulu, pengguna Instagram yang tidak dikenal pasti identitinya itu dalam kenyataannya beranggapan masyarakat bukan Islam akan marah sekiranya hak mereka untuk menikmati arak dinafikan.
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam selain produk minuman beralkohol itu dipercayai berbahaya kerana kandungan alkoholnya sangat tinggi.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.