Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kebanyakan Skrip Umpama Lembu Dicucuk Hidung, Artis Ada Hak Bersuara – Aiman Hakim Ridza

Pengalaman bergelar artis lebih daripada enam tahun nyata mengajar pelakon Aiman Hakim Ridza untuk lebih memilih kualiti sesebuah karya.  Buat Aiman, sesebuah skrip itu sangat penting untuk menjadi penentu arah kerjaya beliau.

Advertisement

Saya sudah menerangkan beberapa kali kenapa saya memilih karya sebelum menerima tawaran berlakon. Saya memilih skrip kerana memikirkan ini sangat penting untuk karier saya.  Bukan saya sahaja tetapi artis lain juga perlu memilih malah memastikan ia bagus untuk masyarakat.

Agak lantang juga bersuara mengenai isu ini di media sosial, Aiman mengakui ia adalah untuk untuk kepentingan dirinya.

Bagi saya semua orang mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dalam kehidupan ini. Jadi saya melakukan itu untuk manfaat diri sendiri. Saya semestinya ingin bekerja dalam keadaan yang baik bersama skrip yang bagus.

Setiap artis perlu ada ruang untuk meluahkan idea dan kreativiti kerana itu sangat penting. Kebanyakan daripada skrip tidak ada ruang seperti yang diinginkan umpama lembu dicucuk hidung.

Bukan pertama kali menyuarakan isu ini, Aiman sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa dengan penulisan skrip tidak berkualiti dan seperti ‘sampah’. Malah, beliau tidak kisah jika disenarai hitam berikutan kenyataannya itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. Anonymous

    December 2, 2018 at 9:19 am

    Stop ler jadi retis.. laku sampai umur 30 je.. jarang yg leh laku sampai 40an.. pastu sakit minta derma…

  2. Duh

    November 30, 2018 at 8:24 pm

    Artis bertahan 5 thn je. Klu usia dah late 20’s keatas tho berbakat tapi job kureng ler kerana Artis baru ramai. Klu dah senior tu Nasib baik dpt offer berlakun watak back up jer. Jadi mak. Jadi auntie uncle. Go Shop Pun perlu org berbakat.

  3. Fabulous Fan

    November 30, 2018 at 6:51 pm

    Seiras muka first gf

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama