Kebanyakan Pengusaha Bas Gulung Tikar, Tak Mampu Lagi Tanggung Kos Operasi

Trending

Kebanyakan Pengusaha Bas Gulung Tikar, Tak Mampu Lagi Tanggung Kos Operasi

Pandemik Covid-19 ini jelasnya memberi kesan kepada ramai pihak selepas kerajaan menguatkuasakan pelbagai langkah bagi membendung risiko jangkitan.

Kesan ini bukan sahaja kepada sektor kecil seperti peniaga-peniaga kecil, malah kepada industri pengangkutan awam sama ada udara, laut mahupun daratan.

Susulan larangan merentas negeri yang diumumkan bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak Mac 2020 sehingga kini, operasi pengangkutan awam terutama perkhidmatan bas ekspres di seluruh negara kerap terganggu.

Advertisement

Jika sebelum ini, pendapat lumayan boleh diraih ketika cuti perayaan dan cuti khas. Ini kerana ratusan ribu rakyat akan menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung dahulu, namun kini pergerakan sangat terbatas untuk membendung wabak ini.

TBS

 

 

 

 

 

Pun begitu, dugaan mengejut Covid-19 ini telah mengubah segala-galanya. Kes-kes harian juga masih tidak berkesudahan kerana lebih kerap naik daripada turun, menyebabkan banyak daripada kita macam sudah terlalu kecewa dan jadi tawar hati.

Bermula Khamis ini, enam daerah di Selangor dikenakan PKP selama 12 hari. Jika PKP 3.0 dilaksanakan secara menyeluruh dan rentas negeri masih tidak dibenarkan, pasti ramai pengusaha bas yang akan gulung tikar. Kata mereka, gaji pemandu tetap harus dibayar walaupun bas terperap di garaj.

Tidak dinafikan dalam situasi mencabar ini menyukarkan lagi syarikat pengendali bas ekspres yang sudah sedia diasak dengan tekanan kewangan selain bergelut untuk melonjakkan jumlah kapasiti penumpang ke paras sebelum pandemik itu berlaku.

Tambahan pula kebimbangan terhadap Covid-19 turut mencetuskan rasa gusar orang ramai untuk berada di kawasan sesak atau terkurung dalam ruangan sempit bersama banyak penumpang lain seperti di dalam bas.

Akibatnya ramai yang memilih untuk memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan awam.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...