Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kebanyakan Filem Sekarang Rendah Kualitinya – Yusof Haslam

Apabila Datuk Yusof Haslam bersuara, seharusnya semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem mengambil perhatian. Selaku seorang otai, apa yang diluahkan oleh beliau pastinya dilakukan selepas pemerhatian yang lama. Bukan sekadar omongan kosong.

yusof haslam

Advertisement

Rasanya anda semua maklum yang kutipan filem Malaysia amat mengecewakan semenjak kebelakangan ini. Bagi Datuk Yusof Haslam, filem yang kutipannya tinggi tidak semestinya sebuah filem yang berkualiti tinggi. Berkata kepada Sinar Online, walaupun filem Bunohan dan 29 Februari gagal di pawagam, namun kedua-dua buah filem ini adalah filem yang baik.

Sebagai contoh, filem 29 Februari, filem ini bagus tapi mungkin kutipannya tidak begitu baik, begitu juga Bunohan yang saya sifatkan sebuah filem yang mempunyai sinematografi yang baik. Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya. Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti.

Abang Nara pun susah nak cakap bab ini. Selera penonton Malaysia memang sukar dijangka. Kalau buat filem yang bagus dari segi jalan cerita dan sinematografi, tak ada pulak orang datang tengok. Namun kalau filem hantu dan rempit, berebut semua orang ke panggung. Mungkin minda rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk filem-filem serius. Apa kata anda?

jubah

P.S: Dapatkan jubah kurung yang sangat menawan ini di sini sekarang jugak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 Comments

  1. budakGigi

    October 25, 2012 at 8:02 am

    pak usop,mcmlah pilem2 kau tu sgt tinggi kualitinya..cite drama dlm tv engkau pun mcm sampah je kualitinya,de ati ckp pilem org lain xbagus. pilem kau dgn pilem2 yg ada skrg ni sama je kualitinya.. pendek kata macam kata cikgu sha’ari masam2 manis…LOW CLASS!!!!
    p/s : filem2 anak malaysia yg terbaik bagi aku adalah hasil daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. xde tapi2 lagi. tgk la berjuta2 kali,yg komedi ke, yg sedih ke, yg serius ke,xpernah aku bosan lagi.

  2. hmm

    October 25, 2012 at 7:59 am

    Cerekarama lagi byk yang best kot dari filem melayu yang ada.
    Suhaimi baba, Afdlin shauki, Khabir bhatia,Yasmeen ahmad antara mereka yang prihatin dalam berkarya.
    Paling sedih bila penerbit dan pengarah Melayu Islam sendiri yang macam menjual maruah bangsa, yang pelakon pun redha jek kena peluk2 dan pakai tak cukup kain segala bagai…

  3. me

    October 25, 2012 at 3:09 am

    aku last gelak sakan tgk citer kelaka melayu citer adnan sempit smpi laki aku yg x mnt citer melayu pon leh ketawa..pastu tarak. then terbaru citer hantu kapcai..boleh layan la..aku nk skrip yg strong cm tu..ade karekter sndiri. tlg la pembuat filem di malaysia. wat citer lain dr yg lain pd stu2 masa br peminat akan percaya pada anda.

  4. hmm

    October 25, 2012 at 2:59 am

    aku kengkadang rasa cerekarama lagi best dari filem melayu yg kuar skrg nih.. very few yg bole hasilkan citer yg kreatif, menarik dan bermesej cthnya afdlin shauki, khabir bhatia, yasmeen… lain mostly hampeh.. buat research maleh..yang sedihnya aku tengok ramai penerbit dan pengarah melayu Islam sendiri macam menjual maruah anak bangsa.. suh berlakon jadi pelacur lah segala bagai.. pakaian yang tak cukup kain.. pelakon2 pun ntah la.. redha kot diorg kena berlakon dan pakai mcm tuh…

  5. la la la

    October 25, 2012 at 2:36 am

    macam la filem ko tu bagus sangattttt

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top