Apabila Datuk Yusof Haslam bersuara, seharusnya semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem mengambil perhatian. Selaku seorang otai, apa yang diluahkan oleh beliau pastinya dilakukan selepas pemerhatian yang lama. Bukan sekadar omongan kosong.
Rasanya anda semua maklum yang kutipan filem Malaysia amat mengecewakan semenjak kebelakangan ini. Bagi Datuk Yusof Haslam, filem yang kutipannya tinggi tidak semestinya sebuah filem yang berkualiti tinggi. Berkata kepada Sinar Online, walaupun filem Bunohan dan 29 Februari gagal di pawagam, namun kedua-dua buah filem ini adalah filem yang baik.
Sebagai contoh, filem 29 Februari, filem ini bagus tapi mungkin kutipannya tidak begitu baik, begitu juga Bunohan yang saya sifatkan sebuah filem yang mempunyai sinematografi yang baik. Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya. Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti.
Abang Nara pun susah nak cakap bab ini. Selera penonton Malaysia memang sukar dijangka. Kalau buat filem yang bagus dari segi jalan cerita dan sinematografi, tak ada pulak orang datang tengok. Namun kalau filem hantu dan rempit, berebut semua orang ke panggung. Mungkin minda rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk filem-filem serius. Apa kata anda?
P.S: Dapatkan jubah kurung yang sangat menawan ini di sini sekarang jugak.
siliari
October 24, 2012 at 9:53 pm
filem dia dulu2 tu berkualiti kah? erk…
nanu
October 24, 2012 at 8:40 pm
filem terbitan kru jugak yang tiptop
Lulu
October 24, 2012 at 8:38 pm
Apa yg YH ckp mmg betul, filem lani suma mcm sampah, tp filem dia pun sama jgk hampeh..dialog bunga2 mmg x bole blah..aku hanya bole layan filem suhaimi baba tu pun cite 1957 hati malaya. Producer kat msia ni tlg la pikir ke depan skit kalau nk buat filem, jgn la asyik2 rempit n hantu je, ingat malaysian ni tahap pemikiran mcm korang ke..buat la cite sejarah ke, psl tokoh tertentu ke..mesti best..
Miss Flora
October 24, 2012 at 6:13 pm
‘Mungkin minda rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk menonton filem-filem serius’- Couldnt agree more with Nara!
Mungkin serius itu boleh diertikan dgn berfikir, berfikir lagi dan mencari kaitannya dgn realiti. Itulah ciri penonton yang bijak.
Nak menghasilkan satu karya tidak kisah filem atau novel sekalipun, kena ikhlas. Bukan hanya untuk penuhi impian glamour dan ringgit. Apa mesej yg ingin disampaikan kpd penonton?
Alam dan realiti ini skopnya luas terbentang. Perhatikan, renungi, pelajari dan ambil ikhtibar. Skop realiti di Malaysia bukanlah terlalu sempit sehinggakan penerbit hanya nampak rempit, mafia, gangster, lawak kampung (etc) sebagai subjek karya mereka.
Malas, hendak cepat dan banyak untung, dengki sesama karyawan sendiri tidak boleh dijadikan alasan.
Perhatikan dan renungi bagaimana Iran, Iraq, malah Indonesia yang kita gambarkan sebuah negara yang bergolak dan serba kekurangan mampu menghasilkan karya filem yang tinggi nilainya. Diterima dan dipuji seantero benua. Inilah yang seharusnya para karyawan kita fikirkan.
Untuk menjadi seorang karyawan, hendak tidak hendak wajib memahami apa itu ‘ karya’ sebenarnya.
– hanya sebagai pemerhati sahaja-
takeiteasy
October 24, 2012 at 4:30 pm
pandai Yh kata kt org lain yg dia pn sma gak
klu gmba dia dia ska keluarkn gmba cinta cintun ja
ank dia filem gangster la rempit
emmmmmmm sma ja semua
jarang2 tgk gmba lain dr lain
klu x da idea sgt adaptasi la mn2 novel