Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kebanyakan Filem Sekarang Rendah Kualitinya – Yusof Haslam

Apabila Datuk Yusof Haslam bersuara, seharusnya semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem mengambil perhatian. Selaku seorang otai, apa yang diluahkan oleh beliau pastinya dilakukan selepas pemerhatian yang lama. Bukan sekadar omongan kosong.

yusof haslam

Rasanya anda semua maklum yang kutipan filem Malaysia amat mengecewakan semenjak kebelakangan ini. Bagi Datuk Yusof Haslam, filem yang kutipannya tinggi tidak semestinya sebuah filem yang berkualiti tinggi. Berkata kepada Sinar Online, walaupun filem Bunohan dan 29 Februari gagal di pawagam, namun kedua-dua buah filem ini adalah filem yang baik.

Advertisement

Sebagai contoh, filem 29 Februari, filem ini bagus tapi mungkin kutipannya tidak begitu baik, begitu juga Bunohan yang saya sifatkan sebuah filem yang mempunyai sinematografi yang baik. Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya. Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti.

Abang Nara pun susah nak cakap bab ini. Selera penonton Malaysia memang sukar dijangka. Kalau buat filem yang bagus dari segi jalan cerita dan sinematografi, tak ada pulak orang datang tengok. Namun kalau filem hantu dan rempit, berebut semua orang ke panggung. Mungkin minda rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk filem-filem serius. Apa kata anda?

jubah

P.S: Dapatkan jubah kurung yang sangat menawan ini di sini sekarang jugak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 Comments

  1. DBHJSDHJSGR

    October 26, 2012 at 11:55 am

    WOW LOOK WHO’S TALKING.FILEM SEMBILU TU BERKUALITI SGT LA.TAK KIRE LA YUSUF HASLAM KE DAVID TEOH KE, SEMUA BUAT FILEM YG BILE TGK, RASE MERUDUM IQ AKU TAU TAK

  2. Apernie

    October 25, 2012 at 12:26 pm

    Alaaaa.. Filem Yusoof Haslam bukan nya berquality and bagus sangat pun…
    Buat Filem.. letak jer hero and heroin yang muka control macho and ayu..
    gerenti orang nak datang pun.. Yusup nie lah yang bawak trend movie malaysia yang Hero..mesti control macho memanjang… Heroin mesti control ayu memanjang.. sedih lah… hai..yusupp yusupp..

  3. alam

    October 25, 2012 at 10:09 am

    Pada aku mmg filem YH pun bukannya best sgt.. tp fokus kat sini adalah filem2 yg x berkualiti n mmg btl pun skrg mmg byk filem2 x berkualiti.. oleh sebab pembikin filem ni cuma nk keluarkn bajet yg sgt minima, jd terhasil la filem2 yg x berkualiti ni.. mula2 tgk cerita2 lawak kebanyakannya dr MIG ni mmg best n terasa lawak giler.. tp lama2 dgn muka pelakon2 yg sama n lawak2 yg lebih kurang sama diulang2 dlm filem2 berlainan terasa mcm da x lawak langsung..

  4. oppagangnamstyle

    October 25, 2012 at 8:14 am

    Saya sebagai budak berusia 17 tahun suka tengok filem dan drama korea!! hahaha~ filem tempatan tak best

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top