Sudah beberapa kali rasanya penggiat seni tanah air yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan situasi produksi drama ataupun sebarang naskhah kini.
Sekiranya dahulu mereka perlu bertungkus-lumus untuk dapatkan tawaran watak tapi rata-rata kini lebih pentingkan pengaruh pelakon daripada media sosial.
Terbaru, Izara Aishah telah pun meluahkan rasa hairan melihat drama tempatan sekarang yang banyak diterajui oleh personaliti media sosial ataupun ‘instafamous’ yang ternyata tidak mempunyai sebarang latar belakang seni.
View this post on Instagram
Malah dia sempat mempersoalkan sama ada stesen penyiaran kini tidak mempunyai bajet yang banyak disebabkan pandemik COVID-19.
Malah rata-rata netizen juga turut bersetuju dengan pendapat Izara itu dan mempersoalkan kebanyakan pihak produksi tempatan yang lebih mementingkan pengaruh seseorang itu di media sosial dan rupa berbanding bakat lakonan mereka sendiri.
Dalam pada itu, pelakon wanita itu menjelaskan bahawa dia dahulu perlu melalui sesi uji bakat dan mempunyai latar belakang dalam seni persembahan sebelum mencuba menjadi pelakon. Tapi tidak kini, di mana ada segelintir daripada personaliti media sosial ini sebenarnya tidak mempunyai keinginan pun mahu menceburi bidang ini.
Apa pendapat anda dengan luahan hati Izara Aishah ini?