“Kebangkitan Seorang Lagenda”, Kisah Hidup Chong Wei Difilemkan.

Trending

“Kebangkitan Seorang Lagenda”, Kisah Hidup Chong Wei Difilemkan.

Kisah perjalanan hidup pemain badminton tersohor negara merangkap pemegang gelaran nombor satu dunia dalam sukan badminton, Datuk Lee Chong Wei bakal diabadikan dalam filem dan akan ditayangkan pada 2018.

Advertisement

Filem biografi terbitan CB Pictures Sdn Bhd itu berkata, ianya akan menjalani penggambaran pada pertengahan tahun depan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM4.5 juta sehingga RM6 juta.

Proses uji bakat untuk barisan pelakon akan diadakan Disember ini, kata produsernya, Josiah Chieng. Menurutnya, pihaknya masih sedang dalam proses memujuk pemain nombor satu dunia itu supaya turut berlakon dalam filem tersebut.

“Selama 3 tahun, kami memujuk Chong Wei untuk memberikan kita hak untuk kisah hidupnya difilemkan dan akhirnya beliau bersetuju dan memberikan kami hak tersebut,” katanya.

Chong Wei, yang kini beraksi pada Siri Super Terbuka Denmark, diwakili abangnya, Lee Chong Hoong.

Chieng berkata genre filem adalah berbentuk motivasi yang akan menjadi inspirasi kepada semua, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

“Datuk Lee Chong Wei ikon sukan dan wira Malaysia. Ceritanya adalah wajar bagi Malaysia…bukan saja perlu ditayangkan dalam negara malah di seluruh dunia,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...