“Kebal Gila..” – Identiti Lelaki Psiko Ganggu Jurugambar Wanita Selama 8 Tahun Dikenal Pasti, Netizen Persoal Kenapa Dihantar Ke Neurologi

Kehidupan

“Kebal Gila..” – Identiti Lelaki Psiko Ganggu Jurugambar Wanita Selama 8 Tahun Dikenal Pasti, Netizen Persoal Kenapa Dihantar Ke Neurologi

Memetik Malaysia Gazette, identiti lelaki yang melakukan gangguan seksual selama 8 tahun terhadap seorang jurugambar wanita telah dikenal pasti dan kini ditahan di wad Jabatan Neurologi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu telah disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menerusi satu kenyataan media yang disiarkan semalam.

Advertisement

Difahamkan, pihak polis kini sedang menunggu laporan perubatan daripada hospita itu untuk melengkapkan siasatan sebelum kes dikemukakan kepada timbalan pendakwaraya.

Fakhrudin berkata, pihak polis telah menerima laporan daripada SKMM mengenai pemilik akaun itu pada 20 Julai lalu dan individu itu merupakan seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun dan kini menetap di Shah Alam.

Dalam kenyataan polis, lelaki itu disiasat atas dakwaan gangguan di media sosial dan menghantar pesanan berbentuk lucah sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada pengadu.

Susulan kenyataan itu, netizen di media sosial mula membincangkan tentang fakta mengenai lelaki tersebut yang didakwa terlalu ‘kebal’ serta keperluannya dirawat di Jabatan Neurologi dan bukannya Jabatan Psikiatri.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa keluarga lelaki itu yang menghantarnya untuk mendapatkan rawatan setelah sekian lama mendatangkan rasa trauma kepada seorang wanita.

Ia sekaligus menuai persoalan dalam kalangan warga maya tentang siapakah sebenarnya identiti lelaki ini yang dianggap ‘kebal’ terhadap undang-undang Malaysia.

Terdahulu, jurugambar profesional, Acacia Diana mendedahkan dia telah diganggu secara ekstrim iaitu diekori sehingga ke United Kingdom, menerima mesej lucah dan pesanan di media sosial secara berterusan sejak 8 tahun yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gangguan seksual
1 year ago

"Setiap Hari I S*ngap, I Nak Panc*t" - Wanita Dedah Diganggu Lelaki Obses Sejak 2016, Pernah Ditangkap Polis UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Malaysia Gazette

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...