Kebakaran Di ICU HSA : 6 Mangsa Disahkan Maut, 1 Dapat Diselamatkan

Trending

Kebakaran Di ICU HSA : 6 Mangsa Disahkan Maut, 1 Dapat Diselamatkan

7 orang mangsa yang terperangkap, enam terbunuh dan seorang mangsa selamat dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pagi tadi.

Advertisement

Jumlah kematian itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Twitter rasminya. Menurut saksi, kebakaran itu bermula dari tingkat 2 unit rawatan rapi (ICU) selatan hospital terbabit, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Berdasarkan gambar dimuat naik ke laman media sosial, khemah-khemah turut didirikan di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru tiba di tempat kejadian 9 minit selepas menerima panggilan pada jam 8.56 pagi tadi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...