7 orang mangsa yang terperangkap, enam terbunuh dan seorang mangsa selamat dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pagi tadi.
Jumlah kematian itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Twitter rasminya. Menurut saksi, kebakaran itu bermula dari tingkat 2 unit rawatan rapi (ICU) selatan hospital terbabit, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Berdasarkan gambar dimuat naik ke laman media sosial, khemah-khemah turut didirikan di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru tiba di tempat kejadian 9 minit selepas menerima panggilan pada jam 8.56 pagi tadi.