Kebakaran Besar Melanda Israel, Api Marak Kerana Tiupan Angin Hingga Tak Dapat Dikawal

Trending

Kebakaran Besar Melanda Israel, Api Marak Kerana Tiupan Angin Hingga Tak Dapat Dikawal

Kebakaran besar melanda beberapa kawasan di negara haram Israel untuk hari yang ketiga berturut-turut menyebabkan berpuluh ribu penduduknya terpaksa mengosongkan utara Israel dengan kadar segera.

Advertisement

Sehingga hari ini, kebakaran itu masih belum dapat dikawal susulan tiupan angin yang menyebabkan api semakin marak.

Menurut media Israel, Haaretz, pihak berkuasa percaya kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat.

pihak berkuasa Israel juga turut meminta bantuan negara jiran bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Perdana Menteri Binyamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Awam, Gilad Erdan berkata pihaknya akan meminta agar Greece, Croatia, Cyprus dan kemungkinan Turki untuk menghantar jet pejuang bagi membantu memadam kebakaran yang melanda seluruh negara itu.

Sebelum ini, mahkamah israel berkata empat warga arab di Jerusalem ditahan pada pagi Khamis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kebakaran itu namun hakim melepaskan mereka kerana kekurangan bukti.

Terbaharu, University of Haifa terpaksa dikosongkan selepas api meletus di Modi’in.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...