Kebakaran Besar Di Los Angeles, Rumah Agam Selebriti Hollywood Turut Terkena Tempias

Trending

Kebakaran Besar Di Los Angeles, Rumah Agam Selebriti Hollywood Turut Terkena Tempias

Ada yang mengatakan kebakaran ini seperti api neraka.

Susulan kebakaran hutan secara besar-besaran di California telah memberi tempias kepada kediaman di sekitar hutan itu seperti kediaman selebriti Hollywood terkenal.

Biarpun memiliki rumah yang gah dan mewah, itu bukanlah satu jaminan bahawa mereka akan terselamat dari bencana yang menimpa.

Advertisement

“Pihak bomba sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal kerosakan. operasi pemindahan penduduk sedang aktif di beberapa tempat so selatan California,” kata Jabatan Bomba Ventura.

Di Los Angeles pula, 500 anggota bomba ‘terkesima’ selepas satu kebakaran hutan 4,000 ekar merebak menjadi 11,000 ekar hanya dalam tempoh beberapa jam.

“Kami tak tahu apa lagi yang akan berlaku,” kata Datuk Bandar los Angeles, Eric Garcetti.

Perkara ini dikongsikan oleh selebriti Paris Hilton yang mana turut terkena tempiasnya akibat kebakaran ini.

Kebakaran hutan besar-besaran di Los Angeles telah menyebabkan segelintir selebriti Hollywood kehilangan kediaman mereka.

Berpuluh-puluh ribu penduduk di selatan California melarikan diri kebakaran hutan merebak dengan kepantasan luar biasa.

Menurut laporan CNN, kekuatan angin yang tidak boleh diramal dan keadaan kering selain kurang menerima hujan sejak tiga bulan lalu menyebabkan lima kebakaran hutan besar.

Kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat telah mengakibatkan segelintir selebriti Hollywood kehilangan tempat tinggal mereka.

Antara nama-nama hebat yang terjejas akibat kebakaran itu ialah pelakon dan penyanyi tersohor, Paris Hilton; pelakon muzikal Glee, Lea Michele dan penyanyi veteran Lionel Richie.

Paris Hilton telah mengongsikan visual kebakaran besar itu di laman Twitternya dengan kapsyen memuji pasukan bomba atas keberanian memadamkan api besar tersebut.

Hilton juga terpaksa mengosongkan rumahnya, sekali gus membawa keluar haiwan-haiwan kesayangannya.

Lea Michele pula dalam tweetnya memaklumkan beliau tidak sempat berkemas untuk meninggalkan rumahnya. Beliau turut bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang sudi menumpangkan rumah mereka kepadanya pada saat-saat genting.

Dalam pada itu, Lionel Richie pula terpaksa membatalkan pertunjukannya bagi bantu anggota keluarganya berpindah. Namun, beliau berjanji akan kembali ke pentas pada hujung minggu ini demi para peminatnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...