Di laman media sosial kini, penuh dengan video-video Allahyarham Suhaimi Saad susulan ramai yang memuat naik videonya sebagai tanda rindu dan hargai kebaikannya sebelum ini.
Sedia maklum, arwah sangat dikenali sebagai seseorang yang mempunyai pandangan sendiri tetapi selalu ditentang oleh netizen hingga dihina serta dikecam terus-menerus.
Tetapi melalui satu video yang sedang tular di platform TikTok yang memaparkan arwah telah membuat orang ramai berasa sebak, lagi-lagi apabila mendengar Suhaimi memberi nasihat tentang kebaikan solat berjemaah.
Netizen yang meninggalkan komen di hantaran video berkenaan berkata Allah SWT menunjukkan kebaikannya satu per satu selepas arwah meninggal dunia.
Sekadar info, Allahyarham Suhaimi Saad meninggal dunia pada jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.