Terkini! Pagi ini, penyanyi Siti Sarah Raisuddin telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan kekurangan oksigen beberapa hari lepas. Allahu!
Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa Sarah kini berada dalam keadaan kurang baik menerusi posting di laman Instagramnya dan memohon agar semua mendoakan kesembuhan buat isteri dan bayi di dalam kandungan itu.
View this post on Instagram
Mohon di hari baik hari Jumaat ini, doakan Sarah dan anak dalam kandungan, semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Sarah bersama suami dan anak-anaknya telah disahkan positif baru-baru ini yang dipercayai telah dijangkiti oleh pembantu rumahnya. Apapun, semoga Siti Sarah cepat sembuh, Aamin.