Keadaan Kesihatan Semakin Merosot, Ebit Lew Pohon Semua Doakan Bapa

Trending

Keadaan Kesihatan Semakin Merosot, Ebit Lew Pohon Semua Doakan Bapa

Pendakwah bebas yang dikenali ramai, Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebooknya berkongsi tentang perkembangan kesihatan bapanya yang semakin merosot akibat kanser perut yang dialami.

Walaupun masih dalam tempoh kuarantin, Ebit Lew diberi keizinan untuk ziarah bapanya dan pohon semua untuk mendoakan bapanya.

Advertisement

Pohon doakan buat ayah saya ya. Doktor kata kanser perut peringkat akhir. Menanti hari. Kanser sudah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.

Dapat izin tengok sekali dan sekejap saja. Pakai peralatan perlindungan diri (PPE) penuh dan hasil ujian Covid-19 negatif. Lama lagi kuarantin. Terima kasih Kementerian Kesihatan.

Ebit Lew yang baru saja pulang dari Gaza, Palestin berterima kasih kepada adik-beradik yang telah menjaga bapanya semasa Ebit meneruskan misi bantuan.

Terima kasih bapa atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapa. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit itu. Terima kasih ya Allah.

Advertisement

Terima kasih Ebit Lew kerana berbakti kepada dunia dan negara. Semoga bapa Ebit Lew cepat sembuh ya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...