Tular di Threads mengenai perkembangan terkini bekas anak angkat usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Qoyyum, yang kini dikatakan telah kembali ke pangkuan ibu kandungnya.
Seorang pengguna Threads mempersoalkan keadaan akaun Instagram yang dipercayai milik Qayyum, kini dikenali sebagai Luth Ali alHaq, yang kelihatan agak mencurigakan. Ramai tertanya-tanay sama ada akaun itu telah digodam berdasarkan kandungan yang dimuat naik.
Lebih mengejutkan, muncul pula dakwaan lain dalam kalangan netizen yang mendakwa ibu kandung kepada Qoyyum merupakan seorang scammer.
Beberapa pengguna media sosial tampil berkongsi pengalaman masing-masing, mengatakan mereka telah membuat pembelian barang melalui individu terbabit tetapi tidak menerima barangan seperti dijanjikan.
Jangan beli dengan dia ni, dia scammer.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak untuk menjelaskan situasi sebenar. Namun, warganet berharap agar isu ini mendapat perhatian pihak berwajib, terutamanya jika melibatkan unsur penipuan dan keselamatan kanak-kanak.