Pelakon Emma Maembong khabarnya sedang berada di Cameron Highlands bersama suami, anak dan juga pembantu rumahnya.
Ujar Emma, keberadaannya di Cameron Highland bukanlah untuk bercuti namun atas urusan kerja iaitu menjalani suatu penggambaran drama.
Perkara tersebut turut dikongsikan Emma menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
“Pertama kali berjalan ke Cameron Highland, teman mama shooting. Dan saya juga memerlukan susu!” tulis Emma di ruangan kapsyen foto milik anak sulungnya itu.
Dalam hantaran itu, Emma turut berkongsi foto-foto momen mereka sekeluarga berada di ladang teh, ladang strawberry serta Hotel Smokehouse.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga peminat yang mempersoalkan bagaimana pelakon drama Kimchi Untuk Awak ini berada di Pahang bersama keluarganya.
View this post on Instagram
Difahamkan, penggambaran drama yang dijalankan turut dibintangi pelakon lain seperti Janna Nick dan Dini Schatzmann.
Sekadar info tambahan, Emma telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Shazli yang juga merupakan seorang juruterbang pada 20 Februari 2020 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Shariq Gabriel pada 11 November 2020.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.