KDN Bawa Masuk 1.5 Juta Warga Bangladesh, Rani Kulup Akan Buat Laporan Polis

Trending

KDN Bawa Masuk 1.5 Juta Warga Bangladesh, Rani Kulup Akan Buat Laporan Polis

31

Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda akan membuat laporan polis ekoran tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini.

Rani Kulup turut mendakwa keselamatan itu boleh mengancam keselamatan negara.

Advertisement

Kalau dalam kelompok yang ramai, mereka akan sebarkan fahaman mereka, gempur rakyat negara kita ala samseng,” katanya sebagaimana lapor Malaysiakini.

Tambah Rani Kulup lagi, laporan polis itu akan dibuat pada minggu hadapan.

Dulu mereka jarang-jarang kita nampak di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan,” katanya.

Warga asing ini pandai. Dia berkahwin dengan warga tempatan, gadis-gadis Melayu suka dengan Bangladesh.

Mereka akan cuba berkahwin dengan orang Malaysia. Dapatlah hak warganegara,” katanya.

Rani Kulup juga berkata kerajaan dilihat seperti memandang rendah terhadap kebolehan rakyat dalam melakukan kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh warga asing.

Kerajaan seperti memandang rendah kepada rakyat negara kita. Bukan rakyat kita tak boleh kerja. Tapi kerajaan kita tak encourage (galakkan) rakyat kita bekerja swasta. Bagi semua pada pekerja asing,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...