Nampaknya isu kalimah Allah untuk digunakan agama lain selain Islam kembali menjadi perbualan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan agama Kristian dibenarkan menggunakannya.
Bukan hanya kalimah Allah, orang Kristian turut boleh menggunakan perkataan seperti solat, Kaabah dan Baitullah dalam agama mereka.
Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga akan memutuskan tindakan seterusnya selepas mendengar alasan penghakiman secara bertulis dari pihak mahkamah.
Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan itu dan meminta semua pihak untuk menghormati proses perundangan dan kehakiman negara. – Kata menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Isu penggunaan perkataan ini telah dibawa oleh Jill Ireland Lawrence Bill dan keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini mengambir kira-kira 13 tahun dua bulan iaitu pada tahun 2008 sejak ia difailkan.