Kayuh Basikal Hantar Karipap ‘Frozen’, Kegigihan Warga Emas Ini Sara Isteri OKU Raih Simpati Netizen

Kehidupan

Kayuh Basikal Hantar Karipap ‘Frozen’, Kegigihan Warga Emas Ini Sara Isteri OKU Raih Simpati Netizen

Luarannya tampak cekal, namun siapa sangka di dalam hati tersimpan seribu rasa yang tidak dapat diungkap. Begitulah situasi yang dialami seorang warga emas yang dikenali sebagai Husin Muhamad.

Dengan kudrat yang berbaki, lelaki yang tinggal di Ipoh ini menyara diri dan isteri yang kurang upaya dengan melakukan kerja menghantar karipap sejuk beku kepada pelanggan dengan menaiki basikal di sekitar Manjoi, hampir setiap hari.

Advertisement

Husin, 60, berkata, setiap hari beliau membawa kira-kira 10 kilogram (kg) karipap sejuk beku dan dijual secara bayaran tunai (COD) kepada pelanggan.

Katanya, dia nekad menjalankan perniagaan secara COD memandangkan kediamannya yang sebelum ini turut menjual makanan ringan, tidak begitu mendapat sambutan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut laporan Berita Harian, perkhidmatan ini dimulakan sejak awal tahun lalu selepas dia  tidak lagi bekerja sebagai penjaga stor pusat kitar semula dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.

Namun katanya, jualan itu cukup untuk beliau menyara diri dan isteri yang juga warga emas orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Norida Mohd Rais, 62.

Husin berkata, dia mampu mengaut keuntungan bersih kira-kira RM300 sebulan untuk jualan karipap, selain hasil jualan kedai mini di rumahnya.

Sumber : Berita Harian

Ujar lelaki ini, selain sokongan duit hasil jualan karipap, isteri beliau turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekali gus membolehkan bantuan itu menyara kehidupan mereka berdua.

Advertisement

Katanya, dia memperoleh bekalan daripada kawasan luar yang dihantar setiap minggu ke kediamannya di Kampung Tengku Husin Hujong. Pun begitu, Husin berkata kadar jualan bergantung kepada bilangan pesanan pelanggan.

Ketika ditanya tidak menggunakan motosikal isterinya untuk melakukan penghantaran, Husin berkata, kenderaan itu milik isterinya yang lebih banyak digunakan untuk ke pasar dan urusan lain.

“Basikal ini saya terima daripada anak saudara yang tinggal di Changkat Jering, Taiping”

Semoga urusan warga emas ini dipermudahkan ya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...