November 5th, 2018

Kerana mulut badan binasa, itulah pepatah yang sesuai menggambarkan situasi jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang kini dikecam teruk oleh netizen kerana ‘marketing’ terlampaunya yang melabelkan seorang wanita hodoh selain dianggap bersikap rasis mempersendakan warna kulit penyanyi berbangsa India, Santesh Kumar.

Isu ini juga turut mendapat perhatian Datuk Fazley Yaakob yang meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap Aliff. Pada beliau, masih ada banyak lagi cara untuk mempromosikan sesuatu produk tanpa perlu menghina rupa paras seseorang.

Pendapat Fazley, memiliki kekayaan yang luar biasa tidak menjamin seseorang itu mempunyai adab mahupun pemikiran yang bijak.

Apa yang berlaku cukup memalukan dan Fazley turut berharap agar Aliff tampil memohon maaf atas perbuatannya itu.


32 responses to “Kaya Tidak Menjamin Adab Dan Kebijaksanaan – Fazley Yaakob Tegur Tindakan Melampau Aliff Syukri Di GV5”

  1. Anonymous says:

    fazley ni pn sama..sebaiknya tegur la pm tepi x pyh la nk ss dkt insta komen pjg lebar seolah2 memalukan dato aliff.lps tu sesapa yg komen tgur tindakan fazley ni..nnt org tu kn block @ komen tu dia akn del….sng citer fazley ni x blh dtgur tndakannya…teruk2 dato aliff pun dia terima tguran n sedia mnta maaf…

Loading...