Penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob selar sikap usahawan terkenal, Dato Sri Vida (DSV) yang mendakwa penyanyi Anuar Zain sebagai seorang lelaki homoseksual menerusi Instagram Live DSV.
Menurut Fazley, setiap dugaan dan ujian yang hadir mempunyai hikmah yang tersendiri agar dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.
Jelas penyanyi lagu Asmara itu, sesetengah daripada kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.
Sebahagian daripada kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri.
Dalam pada itu, Fazley turut meluahkan rasa simpati terhadap golongan yang suka menggunakan kaedah publisiti secara kurang bijak dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki.
Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat.
Terdahulu, DSV tampil memberikan penjelasan bahawa dia tidak menyebut perkataan mendakwa Anuar Zain jalin hubungan songsang tetapi menyebut perkata ‘okey’ selepas diminta oleh netizen untuk mengorat penyanyi tersebut.