Boleh dikatakan ketika ini ramai yang sedang kagum dengan kejayaan anak kelahiran negeri Kelatan, Khairul Aming yang berjaya menjual 80,000 paket Dendeng Nyet Berapi dalam masa tiga minit sahaja.
Macam mana kilang dapat air bersih?
Biarpun masing-masing berasa kagum, ada juga beberapa netizen persoalkan bagaimana kilang pembuatan produk-produk KA yang terletak di Kota Bharu, Kelantan mendapat air bersih.
To grow further, kita akan tambah kilang kedua yang seluas 22,000 sqft di Kota Bharu. Kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet, dan juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti pic.twitter.com/Hm54jgRxUc
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Ia kerana seperti diketahui ramai, sumber air di negeri tersebut mempunyai masalah seperti air karat dan ‘teh tarik’ di sesetengah tempat.
Kawasan elit, guna penapis air
Menjawab persoalan individu terbabit, terdapat beberapa netizen berkata kawasan kilang Khairul Aming itu terletak di kawasan elit, dimana tidak mempunyai sebarang masalah air kotor.
Dalam pada itu, ada juga berkata barangkali pempengaruh tersebut menggunakan penapis air agar air yang digunakan di kilang kekal bersih tanpa sebarang masalah.