Kawasaki biasanya popular dengan motosikal versi warna hijau tapi dalam versi Z250 tidak kelihatan versi warna tersebut. kawasaki hadir dengan 3 warna untuk Z250 iaitu Flat Ebony, Candy Persimmon Red dan Pearl Stradust White. Kawasaki Z250 menggunakan enjin yang sama dengan Ninja 250r iaitu 250 cc DOHC 8 Valve dengan water cooler. Motosikal ini boleh dikatakan adik kepada Z800 kerana bentuk yang ditampil agak sama cuma CC nya berbeza. Kawasaki mempunyai kilang sendiri di Thailand jadi motosikal ini hanya diimport dari thailand. Walau bagaimanapun Kawasaki Z250 masih tiada di malaysia buat masa ini hanya indonesia sahaja yang mempunyai jentera 250 cc ini dan ia dijual pada harga Rp 48,5 Juta. Adakah kawasaki Malaysia akan membawa jentera ini ke pasaran malaysia? sama-sama kita nantikan.
Sumber Gamabar: TMCBLOG