Penemuan mayat Nur Farah kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu menggemparkan satu negara.
Ia sekaligus membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam dipercayai kenalan rapat mangsa.
Kes ini sudah tentu memberikan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga rakan-rakan arwah di universiti.
Termasuklah seorang lelaki yang mengakui dia merupakan rakan rapat arwah dan telah tampil dengan satu video di TikTok di mana dia memohon netizen untuk tidak membuat spekulasi yang tidak benar tentang arwah.
Sebelum ini, ketika berita kehilangan arwah tular, ada yang membuat spekulasi mengatakan wanita berusia 25 tahun itu melarikan diri mengikut teman lelakinya sehingga ke Thailand.
Saya nak cakap satu je, kalau engkau takde benda baik nak cakap, lebih baik jangan cakap. Sebab benda tu mengguris hati keluarga dan orang yang sayang dia.
@haziqfardil75 Penjelasan ini bukan untuk raih simpati atau viewrs tapi untuk menjelaskan bahawa arah sangat baik #nurfarahkartini #alfatihah #semogaditempatkandikalanganorg2ygberiman ♬ Very Sad – Enchan
Lelaki ini juga sempat memberi pesanan agar orang ramai mengambil tahu tentang ahli keluarga yang jauh di mata terutamanya keberadaan mereka bagi tujuan keselamatan.