“Kawan Panggil Dia Anak Yatim…” – Bella Astillah Luluh Hati Bila Ayden Adrean Dibuli Di Sekolah Agama

Hiburan

“Kawan Panggil Dia Anak Yatim…” – Bella Astillah Luluh Hati Bila Ayden Adrean Dibuli Di Sekolah Agama

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tampil meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya, Ayden Adrean dibuli di sekolah.

Bella yang ditemui media berkata, dia sudah menghantar anak lelakinya ke kelas takwondo bagi tujuan mempertahankan diri namun perkara itu masih tetap berlaku.

Advertisement

Ayden kena buli, saya berasa agak sedih sebab walaupun dah masukkan Ayden Taekwondo untuk dia jaga diri tapi masih kena buli.

Dekat sekolah agama pun kena buli. Saya sedihlah untuk dia.

Cerita penyanyi itu lagi, dia menghantar Ayden ke dua jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan pada waktu pagi dan sekolah agama pada waktu petang.

Ayden kena buli emosi dan fizikal. Macam dekat sekolah agama, ada yang menjerit kepada Ayden panggil dia anak yatim.

Berikutan itu, Bella mengambil langkah untuk berjumpa dengan pihak sekolah dan keluarga si pembuli itu sendiri.

Saya harap dia (Ayden) kuat. Saya ada pergi sekolah juga minta tolong ustazah. Semoga ada perubahan yang baik.

Bukan sahaja jumpa keluarga, tapi pelaku itu sendiri saya jumpa terus cakap dengan dia. sebab yang buli dia adalah perempuan.

Jadi saya cakap dengan Ayden dia kena kuat sikit selepas ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Haris Ismail Pernah ‘Ragu-Ragu’ Dengan Neelofa Sebelum Nikah – “Nak Kata Sebab Rupa, Adalah Sikit..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...