Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi kisah perjalanan hidupnya selepas mengambil keputusan untuk memakai tudung.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Maryam berkata pada mulanya rakan dan keluarganya yang bukan beragama Islam menyangka dia dipaksa untuk mengenakan hijab.
Bukan itu sahaja, mereka turut menyangka pemakaian hijab adalah satu paksaan dan tidak boleh berpakaian bebas selepas mengambil keputusan tersebut.
Namun selepas hampir enam bulan memakai tudung, Maryam meluahkan rasa gembira apabila rakan dan ahli keluarganya mula menyedari bahawa pemakaian hijab bukanlah satu paksaan.
Dan bukan nya tak boleh bebas dalam berpakaian. Bermacam jenis cara kita boleh memakainya..
Malah, apa yang lebih menggembirakan pempengaruh berasal dari Korea itu adalah apabila dia dijadikan contoh dan ikutan orang ramai serta rakan dan ahli keluarga.
Sebelum ini, isteri kepada Ryzal Ibrahim itu mendapat perhatian orang ramai selepas mengambil keputusan untuk menutup aurat dan mengenakan hijab.
Sampai sekarang saya tak rasa panas pakai tudung sebab saya ikhlas pakai bukan terpaksa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.