Pelakon dan penyanyi sensasi, Fattah Amin tampil berkongsi mengenai permulaan perjalanan kariernya sebagai penyanyi adalah berpunca daripada kata-kata pujian daripada rakan terdekat.
Fattah berkongsi perkara itu ketika hadir sebagai tetamu dalam sebuah podcast Sembang Selebriti.
Ujarnya, dia pada mulanya menyanyi sekadar hobi dan tidak pernah belajar secara profesional.
Ia bermula daripada bilik karaoke. Saya ni bukannya belajar menyanyi daripada kecil atau ada cita-cita nak jadi penyanyi. Bukan.
Semua ini bermula daripada hobi. Kawan-kawan lah permulaannya. Kawan kata suara saya okay, so saya pergilah jamming. Tak tahulah mereka nak bodek atau apa.
Lepastu mereka minta buat lagu sendiri. Masa tu saya macam tak percaya. Tapi masa tu saya cuba juga lah rekod satu dua lagu.
Susulan daripada it, Fattah mengorak langkah lebih jauh apabila dilamar oleh sebuah syarikat rakaman sehingga terbit lagu, Wanita Terakhir.
Saya rasa macam betul ke aku ni boleh menyanyi. Tapi rezeki saya lagu tersebut hit dan orang suka.
Masa tu fokus saya bukanlah sebagai seorang penyanyi tapi lebih kepada lakonan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.