Kawan Food Bhd Ambil Alih 32.5% Saham Restoran Makanan Pandu Lalu, Kejap Food

Makanan

Kawan Food Bhd Ambil Alih 32.5% Saham Restoran Makanan Pandu Lalu, Kejap Food

Syarikat pengeluar makanan terkemuka negara, Kawan Food Bhd telah mengambil alih 32.5 peratus pegangan saham daripada syarikat pemula, Kejap Food. Langkah ini merupakan initiatif, bagi membantu restoran makanan pandu lalu itu mengembangkan perkhidmatan mereka di seluruh negara serta sebagai rakan strategik dalam segmen F&B.

Bermula sejak tahun 1960, Kawan Food merupakan salah satu pengeksport utama dan pengilang terbesar yang mengkhususkan makanan sejuk beku. Antara produknya yang popular dan mendapat permintaan tinggi di pasaran adalah seperti roti paratha, chapatti, pastri lumpia dan produk makanan Sedia-Untuk-Dimakan (RTE).

Advertisement

Kini Kawan Food telah pun memasarkan produk mereka ke 37 buah negara di seluruh dunia.

Kejap Food- syarikat Pandu Lalu makanan tempatan pertama

Kejap Food Shah AlamSumber : Gary Ng  

Mula membuka perniagaan pertama di Caltex Setiawangsa semasa wabak pandemik melanda negara, Kejap Food telah berjaya mengumpul dana melalui platform crowdfunding ekuiti – Mystartr, dan membuka cawangan kedua mereka di Lebuhraya Persekutuan Petron Batu 3, Shah Alam dalam tempoh hanya setahun.

Ini telah menarik perhatian Kawan Food untuk menjalin kerjasama sebagai rakan strategik bersama syarikat permula itu yang juga merupakan restoran pandu lalu pertama yang menyajikan hidangan tempatan dalam perkhidmatan yang didominasi makanan segera barat.

KEJAP FOOD MENU

Menariknya mengenai Kejap Food, mereka menawarkan pelbagai jenis makanan ruji sesuai dengan citarasa tempatan seperti nasi lemak, roti bakar, karipap, keropok lekor, sate, minuman kegemaran ramai kopi dan teh tarik serta banyak lagi.

Restoran pandu lalu ini juga mempunyai hidangan signaturenya iaitu “sambal pedas” buatan sendiri, yang dilengkapkan dengan ayam goreng aromatik dan dihidangkan sama ada dengan nasi wangi atau kebab bungkus.

Untuk pencuci mulut, mereka mempunyai ‘roti aiskrim’ dan bagi menambah kelainan pada minuman tempatan terdapat juga menu seperti Teh Tarik float dan Kopi float.

Sumber : Gary Ng  

Dalam pada itu, Kejap Food mempunyai perancangan untuk mengembangkan operasinya kepada 5 cawangan di sekitar Lembah Klang merangkumi empat kedai pandu lalu, satu dapur pusat dan satu kedai makan dalam konsep serba baharu tahun ini. Mereka turut mengintai peluang mengembangkan perusahaan ke negeri lain menjelang 2023.

Prospek jangka panjang Kejap Food menjadi tunjang utama pelaburan Kawan Food yang merupakan pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat pemula itu.

Semoga dengan kerjasama kedua-dua syarikat ini dapat memberikan keuntungan jangka masa panjang kepada kedua-dua pihak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...