Kawan Baik Sebar Fitnah ‘Tidak Lurus’, Khai Bahar Tidak Teruskan Saman – “Saya Dah Reda Dan Ikhlaskan”

Hiburan

Kawan Baik Sebar Fitnah ‘Tidak Lurus’, Khai Bahar Tidak Teruskan Saman – “Saya Dah Reda Dan Ikhlaskan”

Penyanyi Khai Bahar membuat keputusan untuk tidak meneruskan tindakan saman terhadap individu yang menyebarkan fitnah mengenai dirinya menerusi platform X baru-baru ini.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 31, dia memilih untuk reda dan tidak mahu membiarkan emosinya dikuasai oleh rasa benci.

Advertisement

Kes tersebut saya anggap sudah selesai, saya sudah reda dan memilih untuk ikhlaskan dan lepaskan.

Saya tak jadi nak saman sebab dia tak teruskan perkara yang dilakukan itu.

Tambah penyanyi lagu Luluh itu lagi, individu terbabit telah memadam semua hantaran berkaitan, dan baginya isu tersebut tidak berbaloi untuk diperbesarkan.

Sejujurnya, saya tak tahu siapa dia dan semua hantaran itu telah dipadam. Dia guna akaun palsu.

Tapi saya rasa macam orang terdekat sebab dia ada tangkap layar hantaran yang hanya dikongsi kepada ‘close friend’ dalam Instagram sahaja.

Entah apa motifnya tapi saya rasa tak perlu buat begitu kerana dia tahu apa itu maksud close friend, jadi saya agak kecewa juga.

Pemenang Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) itu turut menegaskan bahawa dia tidak akan membataskan keterbukaannya di media sosial meskipun sering berdepan fitnah.

Terdahulu, Khai pernah meluahkan rasa kesal apabila sebuah akaun di platform X memuat naik video dirinya bersama adik ipar dalam kereta dengan kapsyen berbaur fitnah hingga menimbulkan kecaman ramai. Susulan itu, Khai pernah menyuarakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan bawah.

15 hours ago

Aliff Aziz Dan Ruhainies Didakwa Melancong Sekali? - "Pergi Hantar Princess Je Tu Kot Dekat KLIA.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...