Satu cadangan kontroversi oleh seorang gabenor di Indonesia baru-baru ini telah mencetuskan gelombang kemarahan rakyat apabila beliau mencadangkan prosedur vasektomi sebagai syarat untuk menerima bantuan sosial bagi lelaki miskin.
Menurut laporan Sinar Harian, Gabenor Jawa Barat, Dedi Malyudi, mengumumkan langkah tersebut pada 29 April lalu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengawal kadar kelahiran dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah. Sasaran jangka panjangnya adalah untuk mengurangkan kemiskinan tegar di wilayah tersebut.

Kalau seseorang tidak mampu membiayai kehamilan dan pendidikan anak, lebih baik jangan terburu-buru mahu menjadi ibu bapa.
Cadangan itu mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan tokoh agama, aktivis hak asasi manusia, akademik, serta orang awam yang menyifatkan langkah tersebut sebagai melampau, tidak berperikemanusiaan dan mencabul hak asasi manusia.
Apa yang lebih menimbulkan kebimbangan ialah apabila bantuan lain seperti subsidi makanan, rawatan perubatan, biasiswa dan perumahan juga akan bergantung kepada kesediaan lelaki menjalani prosedur vasektomi.
Saya ingin lelaki lebih bertanggungjawab dalam hal perancangan keluarga, bukan hanya menyandarkan kepada wanita.
Sebagai insentif, lelaki yang bersetuju menjalani vasektomi akan menerima ganjaran tunai sebanyak Rp500,000 (kira-kira RM130).
Namun kenyataan dan syarat tersebut dilihat sebagai tindakan yang “di luar nalar” oleh netizen Indonesia, sekali gus mencetuskan kritikan tajam di pelbagai platform media sosial.
Setakat ini, belum ada maklum balas rasmi daripada pihak berkuasa persekutuan Indonesia berhubung cadangan tersebut, namun tekanan awam semakin meningkat agar dasar itu ditolak dan digantikan dengan pendekatan yang lebih inklusif serta beretika.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.