Sedia maklum, isu mengenai aktor Muntazar Ghufran dan bekas tunangnya, Saidah telah pun menjadi bualan hangat di kalangan warganet selepas wanita itu mendedahkan aktor terbabit cuma mempunyai RM500 di dalam akaun bank.
Namun, Muntazar tampil pertahankan diri dengan mendakwa Saidah pernah memukul serta maki hamun dirinya beberapa kali sepanjang bersama.
Ramai wanita ‘back-up’ Saidah
Susulan isu ini jadi semakin besar, rata-rata kaum wanita meninggalkan komen di akaun TikToknya dengan member kata-kata semangat buat Saidah harungi ujian ini.
Malah, merasakan wanita itu patut bersyukur tidak jadi berkahwin dengan Muntazar yang dianggap lelaki yang belum matang, lagi-lagi usianya baru 22 tahun.
Lebih layak dapat lelaki yang matang
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang merasakan Saidah layak untuk mendapat lelaki yang lebih baik di masa akan datang berbanding bekas tunangnya itu.