“Kau Yang Pilih Jalan Tu..” – Tak Boleh Bawa Anak Ke Sweden, Luahan Hati Sharifah Sakinah Dikecam Netizen

Hiburan

“Kau Yang Pilih Jalan Tu..” – Tak Boleh Bawa Anak Ke Sweden, Luahan Hati Sharifah Sakinah Dikecam Netizen

Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah ataupun lebih mesra disapa sebagai Sakinah memaklumkan bahawa dia kerap berulang-alik dari Sweden ke Kuala Lumpur untuk bertemu anak perempuannya, Anais Adha.

Jelas Sakinah, perkara itu mungkin berlanjutan sehingga anaknya dewasa dan memasuki fasa pengajian kelak.

Advertisement

Katanya, dia akan balik ke Malaysia setiap dua bulan meskipun pada awal perancangan adalah pada setiap empat bulan sekali gara-gara Anais sudah pandai bertanya mengenai keberadaan ibunya.

Sakinah juga memberitahu bahawa dia tidak pasti sampai bila keadaan akan berterusan seperti itu namun tetap dalam perancangan.

Saya pun tak pasti sampai bila keadaan kami harus begini. Mungkin bila anak-anak kami dah masuk universiti, baru kami akan putuskan untuk menetap di mana nanti.

Difahamkan, Sakinah tidak dapat membawa Anais bersamanya ke Sweden kerana dia merupakan satu sahaja anak perempuan kepada bekas suami dan satu-satunya cucu dalam keluarga mereka.

Namun begitu, perkongsian Sakinah telah mengundang komen yang berbeza daripada sesetengah netizen.

Ada yang beranggapan bahawa Sakinah sengaja ‘cari pasal’ dan seseorang yang bergelar ibu tidak patut berjauhan dari ibunya di saat anak sedang membesar.

KOMEN FORUMSumber : FORUM  

Dalam pada itu, Sakinah menafikan bahawa dia berhijrah ke luar negara kerana mahu lari daripada kritikan netizen.

“Sebagai selebriti, kita kena terima hakikat yang hidup kita ini sentiasa diperhatikan. Jangan sampai satu hari nanti orang dah tak nak ambil tahu fasal kita. Nanti kita meninggal pun tiada siapa nak ziarah.” ujarnya mengakhiri bicara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Acah Orang Putih" - Menari Terkinja-Kinja Di Tempat Awam, Netizen Suruh Sharifah Sakinah Jaga Adab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Media Hiburan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...