“Kau Yang Gatal Nak Bunting, Nak Minta Simpati Pula” – Lelaki Teruk Dikecam, Bangga Mengaku Herdik Wanita Hamil Minta ‘Seat’ Dalam MRT

Kehidupan

“Kau Yang Gatal Nak Bunting, Nak Minta Simpati Pula” – Lelaki Teruk Dikecam, Bangga Mengaku Herdik Wanita Hamil Minta ‘Seat’ Dalam MRT

Perkongsian seorang lelaki di media sosial baru-baru ini dikecam selepas dia menceritakan kejadian di mana dia menghalau wanita hamil yang sedang mencari tempat duduk di dalam MRT.

Aku pernah ditegur dengan seorang perempuan ni dalam MRT, dia tanya boleh bagi tempat duduk atau tak sebab (dia) mengandung.

tempat duduk mrt

Tanpa rasa bersalah lelaki itu mengherdik wanita terbabit dan mengakui dia hanya akan memberikan tempat duduk kepada golongan OKU atau orang tua.

Aku sound. ‘Kau pergi la duduk kat koc wanita sana. Apa hal aku nak bagi kau duduk pula.’ Terus terdiam perempuan tu. Aku hanya bagi tempat duduk jika dia OKU atau orang tua. (Kalau) kau mengandung, minta maaf (tak bagi). Kau yang gatal nak bunting.. lepas tu nak simpati orang pula.

Advertisement

wanita hamil

Hantaran tersebut telah dipadam oleh lelaki itu selepas menerima banyak kecaman daripada netizen namun sudah tentu ada yang sempat mengambil tangkap layar dan menularkannya.

Ramai yang menghentam lelaki terbabit kerana tiada empati malah ada juga sesetengah individu yang berpendapat dia sejenis orang yang tidak melayan isteri dengan baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 months ago

Mulut Lancang Kutuk Ibu Hamil Lemah, Bila Diri Sendiri Mengandung Asyik Tiada ‘Energy’ - “Dia Sentiasa Penat, Asyik Tidur Di Pejabat...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...