Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kau Tunggu Azab Kubur Nanti – Diva AA Tak Maafkan Netizen “Troll” Dirinya Di Twitter

Selebriti popular dan penuh kontroversi, Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA tidak dinafikan sering menjadi bahan jenaka ataupun ketawa netizen di media sosial gara-gara perwatakan beliau yang “unik”.

Advertisement

Bila tiba PRU14 yang lalu, Diva AA mendapat perhatian yang sangat luar biasa kerana bertanding sebagai calon bebas semata-mata ingin mengalahkan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Sejak daripada itu memang rancaklah netizen menghasilkan pelbagai “memes” mengaitkan dua beradik itu.

Walaupun Diva AA sudah tidak mempunyai akaun Twitter, beliau tetap tahu dirinya menjadi bahan “troll” di laman sosial tersebut dan tidak akan memaafkan netizen yang berbuat demikian.  Ia turut ditujukan buat individu yang membuat akaun Twitter palsu menggunakan namanya dan meniru gaya penulisan beliau.


Walaupun saya sudah tak ada akaun Twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan. Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang ajar, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka. Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti.

Advertisement

Beberapa hari lalu, viral foto Azmin sedang bercakap di telefon dan disertakan dengan kapsyen lawak yang menjadi bahan hiburan dan gurauan di Twitter. Netizen saling berbalas “tweet” tersebut dengan menggunakan  gambar Diva AA dan seolah-olah beliau sedang berbual dengan Azmin.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 Comments

  1. Crop top

    May 25, 2018 at 8:50 pm

    Hahaha.terkentut aku ketawa nihh…nak kuih pelita, pelita lebih ekk…meh sini aku kasi pelita. Kita bakooooooo..
    Nak kuih seri muka, muka lebih haha

  2. Jimbo

    May 25, 2018 at 4:22 pm

    Ko sibuk pasal azab kubur orang lain. Azab kubur ko..tak nak pikir? Tak nak amik tau?

  3. Anonymous

    May 25, 2018 at 1:52 pm

    Org tak akan troll kau kalau perangai kau elok je. Masalahnya org troll kau sebab perangai kau tak sememeh dgn org lain.

  4. Pok Tam Birkin

    May 25, 2018 at 1:38 pm

    yelah senang lenang dah menteri umno ni, tak menang pun xpe, sedih depan2 kejap jer, yg disimpan harta x abis makan pun..yelah dah lama kumpul.
    yg susah rakyat marhaen jer dik non..

  5. Anonymous

    May 25, 2018 at 12:55 pm

    troll johan asa’ari pulak please…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top