Penyanyi dangdut, Baby Shima mencuri perhatian warganet di platform TikTok sebelah dia membuat video lakonan semula atau parodi sebagai Mondy Tattoo.
Menerusi hantaran itu, penyanyi berusia 31 tahun tersebut dilihat cuba meniru cara pemakaian wanita dari Indonesia terbabit malah turut menconteng muka kononnya bertatu.
Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli melakukan miming dengan suara diambil daripada video Mondy membuat pendedahan di podcast Caprice baru-baru ini.
Rata-rata warganet di laman sosial itu akui terhibur dengan parodi ‘menganjing’ daripada Shima malah ada yang lebih suka dengan konten sebegitu daripada yang sebelum ini.
Lucu Baby Shima. Sebelum ni tak pernah nak tengok video dia, tapi kali ni berulang tengok.