Menerusi perkongsiaan hantaran terbaru yang dimuat naik oleh Caprice, dia memaklumkan akan bertemu dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membincangkan isu lelaki mendakwa dirinya cicit Nabi Muhammad SAW.
Menurut Caprice, pertemuan bersama JAKIM dilakukan kerana banyak permintaan daripada warganet untuk mengetahui status sebenar individu dikenali sebagai Sayyid Muhammad Amin.
Makluman tersebut sememangnya mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mempersoal kenapa Caprice perlu masuk campur dalam hal ini juga, sedangkan isu bersama seorang guru baru saja selesai.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, ada juga berkata Caprice mempunyai masa yang sangat lapang untuk ikut campur dalam pelbagai isu dan seolah-olah tidak mempunyai pekerjaan seperti yang didakwa oleh netizen.
Tambahan lagi, netizen juga berharap agar penyanyi rap terbabit tidak menjaga tepi kain orang lain dan menjaga dirinya serta keluarga saja kerana itu lebih baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.