Tular di media sosial tentang kes seorang guru di Melaka berzina dengan seorang lelaki berstatus suami orang dan beberapa tangkap layar perbualan mereka serta swafoto turut ditularkan.
Difahamkan, isteri lelaki itu sebelum ini sudah beberapa kali membuat aduan di sekolah termasuklah berjumpa pengetua malah turut membuat laporan polis namun guru terbabit dikatakan tidak serik.
Turut tular ketika ini adalah video guru itu yang dirakamkan ketika isteri lelaki berkenaan bersama beberapa orang telah beresemuka dengan pendidik tersebut.
Kau sundal, jangan ‘Ya Allah’ ‘Ya Allah’ dengan aku. Aku dah taknak dengar.
Berdasarkan rakaman itu, guru terbabit didengari bertutur dengan lembut serta turut merayu agar dirinya diberikan peluang.
Dia juga memaklumkan ibu bapanya tidak mengizinkannya berkahwin lagi buat masa terdekat memandangkan sudah dua kali berumah tangga sebelum ini.
Guru tersebut juga berkata kepada isteri lelaki berkenaan bahawa dia sudah sekat nombor kekasihnya itu sebelum ini dan nekad mahu menamatkan hubungan mereka.
Wanita yang merakam video tersebut juga didengari mempersoal tentang perasaan dan penerimaan ibu bapa guru tersebut apabila mengetaui perbuatan anaknya.
View this post on Instagram
Sementara itu, menerusi hantaran yang lain guru terbabit berkata dia menyesal dengan perbuatannya dan telah memaklumkan kepada lelaki itu tidak mahu ada kena mengena dengannya lagi.
Bagaimanapun, dakwanya lelaki berkenaan enggan memutuskan hubungan mereka dan berkata mahu berbincang dengan isterinya terlebih dahulu.